Terletak di Hutan Simpanan Pelagat dalam daerah Besut. Ianya merangkumi kawasan seluas 300 hektar dan terletak kira-kira 24km dari jerteh dan 130km dari bandar kuala terengganu. Kawasan hutan lipur ini mula dimajukan dalam tahun 1987. Ianya mendapat tarikan pengunjung - pengunjung dari dalam dan luar negeri disebabkan oleh beberapa keistimewaan yang terdapat disini seperti tumbuh-tumbuhan hutan semulajadi, sungai yang bersih, air terjun yang menarik dan kolam-kolam semulajadi yang sangat sesuai untuk tujuan berkelah sama ada secara bersendirian, bersama keluarga atau pun secara berkumpulan.Hutan Lipur Lata Tembakah menawarkan kepada para penghujung sebuah air terjun 7 tingkat, yang mana peringkat yang paling tinggi adalah 50 meter. Ia juga mempunyai kawasan-kawasan yang airnya dingin dan jernih sesuai untuk bermandi-manda atau bermain-main. Kecantikan semulajadi kawasan persekitaran turut menambahkan kepada suasana yang nyaman dan menyegarkan. Terdapat tempat-tempat berkelah yang luas dan selesa di dalam kawasan Hutan Lipur Tembakah untuk tujuan berehat. Pondok-pondok berteduh, meja dan bangku rehat diletakkan di sepanjang kawasan perkelahan untuk kemudahan para pengunjung. Para pengunjung juga boleh berkemah disini. Terdapat beberapa kawasan berkhemah yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti pondok-pondok memasak dan tandas awam. Kepada para pengunjung yang gemarkan cabaran, mereka boleh merentas denai hutan asli yang luas dan cantik ini. Mereka akan kagum dengan kecantikan alam semulajadi di sini. Untuk rekreasi yang sederhana, lorong-lorong jalan kaki dan juga tangga-tangga konkrit disediakan untuk kemudahan para pengunjung bersiar-siar di kawasan hutan lipur ini sambil menikmati udara nyaman. Bagi pengunjung-pengunjung yang ingin bermalam, terdapat 6 unit chalet ( 1 bilik ) dan 1 unit rumah rehat ( 2 bilik ) yang dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur dan bilik mandi.
Pages
▼
Saturday, July 31, 2010
Sunday, July 25, 2010
Kecantikan pulau kapas....
Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih. Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia. Cara untuk kesana dengan melalui jeti di bandar Marang, Terengganu. Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan asyik. Terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam, sesuai untuk penggemar selam skuba. Pulau Gimia yang terletak berhampiran Pulau Kapas menyediakan panorama yang unik.
Thursday, July 22, 2010
Bukit Keluang Beach Resort, Besut Terengganu....
Bukit Keluang Beach Resort is located in Pantai Peranginan, Bukit Keluang, in district of Besut. Lying on the East Cost of peninsula Malaysia, it is easily accessible via road, taking approximately 2 hours from Kuala Terengganu and 1 hour from Kota Bahru. Our resort provides pick-up services.
Enchanting décor combined with welcoming, friendly faces to greet you on your arrival. Envelop yourselves in the warm hospitality of Bukit Keluang Beach Resort.
Exquisite chalets of delicate workmanship laced with a touch of Malay architecture, strategically located to give you a panoramic view of crystal clear waters and mesmerizing sunsets.
Select Kampung Keluang or the Shaz Restaurant to dine with your family and friend. A delectable array of Malay, Chinese and continental cuisine awaits you. Sit back and enjoy your food in a soothing and relaxing ambience.
Luxuriously carpeted and well-appointed conference rooms for your meeting, conferences, wedding parties and dinner
Sunday, July 18, 2010
TAMAN REKREASI DAN MINI ZOO KEMAMAN.....
Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Terengganu semakin menggamit kehadiran ramai pengunjung.
Dengan keluasan kawasan 35 ekar, zoo itu adalah hasil gabungan taman buah-buahan, taman herba semula jadi, taman tumbuhan tropikal, taman orkid, taman bonsai dan habitat semula jadi kunang-kunang terbesar di Terengganu. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Bandar Cukai, zoo itu menawarkan pelbagai tarikan dan pengalaman menyeronokkan pada hujung minggu. Antara tarikan utama destinasi tersebut termasuklah taman tema air, jambatan gantung, akuarium, melihat kunang-kunang di Sungai Yak Yah dan pelbagai jenis burung.
Tidak ketinggalan, pengalaman menunggang gajah dan menaiki trem mengelilingi kawasan zoo.
Untuk kemudahan orang ramai yang tidak mempunyai kenderaan atau mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar, dua buah bas disediakan di destinasi terpilih untuk membawa mereka ke zoo.
Destinasi persinggahan bas tersebut termasuklah Stesen Bas Cukai, KCP Jalan Lebai Saras dan Awana Kijal.
Harga tiket bagi:
pelancong asing (RM15)
dewasa (RM10)
kanak-kanak (RM5)
musim buah-buahan sudah menyerang....
sekarang musim durian,rambutan dan manggis...mai pakat ramai2 dtg sini makan buah-buahan tempatan....
NASI MINYAK TERENGGANU
menu sarapan utama yang terdapat di negeri terengganu sahaja....
NASI MINYAK5 Cawan beras + 9 cwn air [ anggaran biasa saya masak ]
1 1/2 sd besar sos tomato
2 sd besar susu cair
garam
1 helai daun pandan
2-3 titik perwarna - nak isi kat nasi
BAHAN MENUMIS
1/2 labu bawang besar - potong bulat-bulat
cengkih,bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis
CARA MENUMIS
Panaskan minyak..goreng sedikit rempah ratus spt : bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bawang besar..goreng sehingga kekuningan.
CARA MASAK NASI MINYAK
Basuh beras,toskan kemudian masukkan beras spt biasa dlm rice cooker kemudian campurkan bahan menumis itu tadi kemudian campurkan sos tomato, susu cair, secubit garam dan daun pandan. Masak seperti biasa..apabila masak campurkan pewarna 2-3 titik kemudian gaul nasi seperti biasa.
GULAI NASI MINYAK - TERENGGANU
1/2 kilo ayam atau daging
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar rempah nasi minyak
1 1/2 susu besar sos tomato
2 sudu besar susu cair
gula melaka [ nisan ]
daun pandan [ 1 helai ]
BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis
CARA-CARA MEMASAK
Daging di potong kecil-kecil, kemudian digaul dengan rempah bawang, halia dan sos tomato serta susu cair
KEMUDIAN
Tumiskan bahan-bahan tumis, apabila garing masukkan, daging apabila naik minyak masukkan gula melaka [ nisan ] dan daun pandan serta garam, ajinomoto...
Sunday, July 11, 2010
Taman lebah Merchang Terengganu.....
Terengganu berpotensi muncul sebagai hab pengeluar madu lebah terbaik negara ini apabila kegiatan mengumpul madu lebah paling berkualiti yang dikesan dari Hutan Simpan Merchang, Marang akan dikawal selia oleh satu badan khas. Jika sebelum ini lebih 120 pemungut madu lebah tualang menjalankan kegiatan tradsional itu secara bebas dan tanpa kawalan, kini mereka didaftar serta dikawal selia menerusi Koperasi Pemungut Madu Lebah Terengganu (Kopemat) Berhad sejak Mei lalu. Kopemat menjalankan aktiviti dan menyelaras kegiatan ahlinya melalui pembiayaan dan kerjasama dengan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM). YDSM berperanan menyumbang ke arah usaha peningkatan taraf sosio ekonomi masyarakat tempatan. Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Prof Dr Makhdzir Mardan, berkata madu lebah tualang yang bermutu tinggi terhasil daripada pokok Akasia dan Gelam yang terdapat di Hutan Gelam di Hutan Simpan Merchang serta Hutan Gelam di Setiu. Katanya, kegiatan tradisional pemungut madu dari Kampung Gong Beris dan sekitar Marang di hutan gelam yang menjadi habitat terbaik hidupan itu lebih terkawal dan terbela menerusi Kopemat dan YDSM. “YDSM bertanggungjawab menjaga kebajikan dan keselamatan pemungut hasil madu lebah berkenaan yang sentiasa berdepan dengan risiko dan apabila mereka dikawal, mereka mampu memperolehi hasil lebih banyak dan baik. “Jika sebelum ini, apabila menemui sarang lebah, mereka terus ambil, tetapi kita akan kawal antara seminggu hingga dua minggu supaya menghasilkan madu lebih banyak sebelum dikutip,” katanya kepada media, selepas lawatan dan demontrasi memungut madu lebah di Pusat Pengambilan Madu Lebah Tualang, di Hutan Simpan Merchang, Marang hari ini (14 Julai). Berkenan berangkat ke program itu, Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin. Baginda selaku Pengerusi YDSM diberi penerangan mengenai projek madu lebah berkenaan oleh Dato’ Prof Dr Makhdzir sebelum baginda berangkat bersama tetamu kenamaan untuk menyaksikan demontrasi pengambilan itu. Turut hadir, Tengku Sri Temenggung Raja; Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, YB Rozi Mamat. Menurut Dato’ Prof Dr Makhdzir, selain memudahkan pemungut berkumpul di bawah satu badan khas, Kopemat dan YDSM juga akan mengenalpasti potensi untuk menambahnilai dan meningkatkan teknologi bagi menghasilkan lebah madu yang berkualiti serta dapat menguasai pasaran. Katanya, YDSM juga akan berusaha menjalankan kajian dan penyelidikan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Universiti Darul Iman Malaysia bagi meningkatkan kualiti produk hutan berkenaan, sekaligus dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Menurut Dato’ Prof Dr Makhdzir, harga madu lebah tualang kira-kira RM49 sekilo dan ada pengusaha yang berjaya mengumpul sebanyak tujuh tan (7,000 kilogram) daripada pemungut madu pada 2007.
Pulau Perhentian
Lokasinya di pinggiran kawasan Taman Laut Pulau Redang bermakna perairan di sekitar pulau ini ditaburi terumbu karang dan menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat untuk aktiviti menyelam skuba dan snokel. Lawatan bot ke pulau-pulau boleh diaturkan dan bot juga boleh disewa oleh pelancong yang ingin meneroka teluk-teluk yang terselindung. Pelancong yang gemarkan aktiviti meluncur papan air, belayar, berkenu dan memancing laut-dalam juga mesti berkunjung ke pulau ini.
Antara dua pulau ini, Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk pelancong yang gemar aktiviti lasak. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan tempat penginapan dan makanan yang murah. Sebaliknya, Pulau Perhentian Besar, lebih membangun dan menawarkan kemudahan yang lebih selesa dan sempurna. Walau bagaimanapun, kemudahan calet, asrama dan tapak perkhemahan boleh di dapati di kedua-dua buah pulau ini. Untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang paling mempesona di Pulau Perhentian, tuju ke Coral View Island Resort dan pesan minuman yang sejuk segar dari café di sini dan nikmati pemandangan yang memikat hati ini.
Jalan Darat
Dari Kuala Terengganu, naiki teksi atau bas ke pelabuhan Kuala Besut. Pelabuhan ini terletak kira-kira sejam perjalanan di utara bandar Kuala Terengganu. Jeti untuk ke Pulau Perhentian terletak di sini.
Jalan Laut
Di Kompleks Perikanan, naiki bot yang menuju ke Pulau Perhentian. Perjalanan bot ke pulau ini memakan masa selama satu jam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893