Pages
▼
Wednesday, September 29, 2010
Ikan laga atau di kenali sebagai ikan sekilau merupakan hobi terbaru yang terdapat di Terengganu...
Ikan laga ataupun lebih dikenali sebagai "ikan sekilau" yang diyakininya mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena dengan caranya. Semasa kecil-kecil dahulu saya bersama rakan-rakan selalu turun ke bendang untuk mencari ikan sekilau kerana selain untuk dilagakan, saya juga suka melihat bentuknya yang cantik dan berwarna-warni. Lima tahun lepas satu pertandingan ikan laga telah di adakan di Chendering, Kuala Terengganu. Ikan laga juga mempunyai nama saintifiknya iaitu Betta Splendeds. Memelihara ikan laga tidak sesukar untuk memelihara ikan lain. Yang penting kita hanya perlu memastikannya mendapat makanan yang cukup serta tahap alkali air di dalam kolah itu di sekitar ph 7.8. Untuk menghasilkan benih ikan, sepasang induk perlu dimasukkan ke dalam kolam yang mempunyai air yang bersih. Selepas itu, ia perlu diletakkan dengan daun pisang, daun ketapang, pokok keladi bunting dan ia akan mengambil masa selama satu hingga dua hari sebelum telur ikan boleh dihasilkan. Dalam tempoh 48 jam telur-telur tersebut akan menetas, dan sepasang induk dikatakan mampu untuk menghasilkan antara 300 hingga 400 anak ikan dalam sesuatu masa. Ketika anak-anak ikan itu telah mencecah usia sebulan lebih dalam takungan, ikan-ikan laga jantan yang mempunyai ekor yang lebih panjang dan lebih cantik berbanding ikan betina perlu diasingkan untuk mengelakkan mereka dari berlaga sesama sendiri. Namun yang uniknya, ikan betina yang mempunyai ekor yang lebih pendek tidak pula perlu diasingkan kerana ikan-ikan betina dikatakan mampu hidup harmoni tanpa sebarang sengketa. Dalam proses pembesaran ikan laga, ikan-ikan itu diberikan makan jentik-jentik, cacing merah dan plankton, dan apabila telah mencecah dua bulan setengah, ikan-ikan laga tadi sudah pun boleh dipasarkan. Terdapat beberapa jenis ikan laga yang berada di pasaran termasuk ikan laga ekor mahkota (crown tail), ekor pendek separa bulan (half moon pelakat), dan separa bulan (half moon) dengan 30 variasi warna-warni.
Proses membuat air nira nipah....
1. BUNGA NIPAH — Seperti tumbuhan lain pokok nipah juga berbunga sebelum berbuah. Bunga nipah pada mula ditiupi dengan kulit kumtum. Dan setelah itu ia akan mengembang dan inilah keadaannya.
2. BUAH NIPAH MUDA — Dari kuntuman bunga ia membentuk buah nipah muda. Pada ketika ini buah nipah masih kecil. Pada waktu ini juga buah nipah masih tidak berisi.
3. BUAH NIPAH MATANG — Apabila buah nipah mencapai tahap matang saiz tandannya juga makin membesar. Buahnya mula berisi dan batang tandannya mula melentur.
4. CUCI TANDAN — Setelah dikenal pasti buah nipah telah mencapai tahap matang ia perlu dicuci iaitu membuang semua kulit tandannya.
5. MEMUKUL TANDAN — Batang tandan yang kurang melengkung akan dipukul dengan menggunakan pengetuk kayu.
6. TANDAN BUAH NIPAH — Inilah bentuknya tandan buah nipah yang telah dibuang kulit dan dipukul menjadi melengkung. Ia akan dibiarkan untuk seketika sebelum menjalani proses yang seterusnya.
7. TANDAN DISALUTI LUMPUR — Batang tandan buah nipah tersebut kemudiannya akan disaluti dengan lumpur supaya ia tidak menjadi kering.
8. URUT TANDAN — Batang tandan buah nipah perlu diurut setelah beberapa ketika ia dibiarkan disaluti lumpur. Mengikut perkiraan batang tandan buah nipah tersebut perlu
9. PARAS TANDAN — Selepas tamat tempoh mengurut batang tandan buah nipah tersebut proses memangkas buah dari batang tandan dilakukan. Kemudian ia akan dibiarkan untuk beberapa hari untuk membiarkan nira turun.
10. LETAK TUKEY — Apabila didapati nira aturun dengan kuat barulah boleh ditadahkan dengan tukey. Pada masa dahulu tukey diperbuat daripada buluh.
11. TAHAN NIRA — Beginilah keadaannya semasa menahan nira dalam tukey. Selalunya nira akan ditadah pada waktu malam kerana pada wkatu malam nira dikatakan turun dengan banyak.
12. PUNGUT NIRA — Nira akan dikumpulan pada keesokan paginya. Mengikut amalan tradisi nira yang terhimpun dalam tukey akan dikumpulkan ke dalam buyung.
13. "MINUMAN AIR NIRA" — Air nira nipah manis lagi berkhasiat dan untuk menambah keenakan nira nipah perlu dicampur dengan air batu.
Tuesday, September 28, 2010
Air terjun penitih.....kemaman,Terengganu...
Air Terjun Jeram Penitih dengan keluasan 4,000 hektar persegi (atau 10,000 ekar) terletak di Seri Bandi, daerah Kemaman. Asal-usul nama Jeram Penitih diberi kerana disebabkan air terjun di tempat ini tidak akan ditemui oleh orang luar melainkan lokasinya telah sedia dititih (diwarisi) dari generasi ke generasi berikutnya. Disebabkan lokasi tempat ini amat sulit untuk ditemui, Air Terjun Jeram Penitih tidak begitu dikenali ramai oleh pelancong dari luar Negeri Terengganu. Keistimewaannya yang begitu jelas ketara di sini adalah Air Terjun Jeram Penitih mempunyai lapan tingkat air terjun. Setiap tingkat air terjun-nya mempunyai spesifikasi yang berbeza dan juga keunikannya yang tersendiri. Di tingkat pertama Air Terjun Jeram Penitih, anda akan melepasi sungai-sungai kecil dan juga bukit. Perjalanan di sini masih lagi lancar dan senang sekali. Di tingkat kedua dan tingkat-tingkat yang seterusnya juga, pendakian anda akan menjadi bertambah sukar kerana struktur permukaan dan kawasan air terjun yang semakin curam. Di tingkat ketiga, dengan ketinggian air terjun adalah 300 kaki dari paras darat, di sini amat sesuai untuk anda melakukan aktiviti absailing. Di tingkat keempat, kawasannya juga curam tetapi permandangan di sini memang cantik. Di kawasan air terjun ini dahulu merupakan kawasan penempatan persembunyian komunis. Di belakang air terjun ini terdapat sebuah gua yang digunakan untuk anggota komunis bersembunyi. Di tingkat ketujuh air terjun ini, terdapat banyak udang-udang halus yang boleh anda tangkap secara hidup-hidup dan juga boleh dimakan. Di tingkat kelapan pula, di sini permandangannya memang cukup cantik sekali jika dibandingkan dengan permandangan di tingkat-tingkat bawah Air Terjun Jeram Penitih.
Monday, September 27, 2010
Senarai tempat penginapan di Terengganu....
NAMA HOTEL | ALAMAT | NO. TELEFON / NO FAKS |
PRIMULA BEACH RESORT | Jalan Persinggahan 20400 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6222100 |
PERMAI INN | Jalan Sultan Mahmud 20400 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6222122 Faks : 09-6222121 |
HOTEL SRI MALAYSIA | Lot 1640, Jalan Hiliran (Balik Bukit) 20100 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6236454 Faks : 09-6238344 / 09-6234301 |
HOTEL KENANGAN | No 65, Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6222688 |
MOTEL DESA | Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6233823 |
SRI TERENGGANU HOTEL | Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6234622 |
HOTEL K.T MUTIARA SDN. BHD | 67, Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6222655 Faks : 09-6236895 |
GRAND PARADISE HOTEL KUALA TERENGGANU | Jalan Tok Lam 20100 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6228888 Faks : 09-6238899 |
HOTEL GRAND CONTINENTAL | Jalan Sultan Zainal Abidin Daerah 8 20000 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6251888 Faks : 09-6251999 |
HOTEL YT MIDTOWN | 30, Jalan Tok Lam 20100 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6235288 Faks : 09-6234399 |
BATU BUROK BEACH RESORT SDN. BHD | No 906-A, Jalan Pantai Batu Burok 20400 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6221410 09-6224892 09-6227267 |
GEMS RESORTS SDN. BHD | Lot 2135, Batu Rakit Mengabang Lekor 21020 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6695910 |
LAGUNA REDANG ISLAND RESORT | S-5, Wisma Tenang 20000 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6310888 Faks : 09-6313322 |
NAMA HOTEL | ALAMAT | NO. TELEFON / NO FAKS |
PRIMULA CORAL VIEW BEACH RESORT | Pantai Peranginan Air Tawar 22200 Besut Terengganu | 09-6956311 |
RUMAH REHAT KERAJAAN | Pantai Peranginan Air Tawar 22200 Besut Terengganu | 09-6956326 |
RUMAH REHAT KERAJAAN | Pulau Perhentian Besar d/a : Pejabat Daerah Besut Besut, Terengganu | 09-6956422 09-6956416 |
NAMA HOTEL | ALAMAT | NO. TELEFON / NO FAKS |
HOTEL SERI MALAYSIA | Lot 3964, Kampung Paya 21600 Marang Terengganu | 09-6182889 09-6182015 09-6182471 09-6182012 Faks : 09-6181285 |
GEM ISLE SDN. BHD | Pulau Kapas 21600 Marang Terengganu | 09-6245110 |
KAPAS ISLAND RESORT | T-009, Blok Teratai Taman Seri Kolam Jalan Sultan Sulaiman 20000 Kuala Terengganu Terengganu | 09-6316468 |
NAMA HOTEL | ALAMAT | NO. TELEFON / NO FAKS |
TASIK KENYIR GOLF RESORT | P.O Box 32 Pos Malaysia Kuala Berang 21700 Hulu Terengganu Terengganu | 09-6668888 |
HUTAN LIPUR SEKAYU | Pejabat Hutan Lipur Sekayu Hulu Terengganu | 09-6811259 |
KENYIR SANCTUARY RESORT | P.O Box 24 Pos Malaysia Kuala Berang 21700 Hulu Terengganu Terengganu | 09-8244360 Faks : 09-8241504 |
RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN | Pulau Sah Besar 21700 Tasik Kenyir Hulu Terengganu Terengganu | 019-2828586 |
|
NAMA HOTEL | ALAMAT | NO. TELEFON / NO FAKS |
TANJONG JARA RESORT | Batu 8, Jalan Dungun 23009 Dungun Terengganu | 09-8451100 |
RESIDENT RESORT PAKA | Lot 473, Kampung Cacar 23100 Paka Dungun, Terengganu | 09-8273366 Faks : 09-8273388 09-8272817 E-Mail : rrp@tm.net.my |
TENGGOL AQUA RESORT | Pulau Tenggol d/a : No 8, Jalan Sungai Penaga 23000 Dungun, Terengganu | 09-8444868 |
|
NAMA HOTEL | ALAMAT | NO. TELEFON / NO FAKS |
AWANA KIJAL GOLF, BEACH & SPA RESORT | KM 28, Jalan Kemaman/Dungun 24100 Kijal Kemaman, Terengganu | 09-8641188 Faks : 09-8641688 |
CHENEH RECREATION & RESORT | Bandar Cheneh Baru 24000 Kemaman Terengganu | 09-8730540 09-8730558 Faks : 09-8730542 |
KERTEH LODGE | Bandar Baru Kerteh 24300 Kerteh Kemaman, Terengganu | 09-8264307 09-8265307 Faks : 09-8263452 |
NAMA HOTEL | ALAMAT | NO. TELEFON / NO FAKS |
SUTRA BEACH RESORT | Kampung Rhu Tapai Merang 21010 Setiu Terengganu | 09-6696200 09-6531111 Faks : 09-6696410 09-6531226 |
MERANG BEACH RESORT | Pantai Peranginan Merang Setiu | 09-6099377 09-6239018 |
Tembaga terengganu...
Barangan tembaga yang dihasilkan di Terengganu adalah merupakan seni pertukangan yang memerlukan masa serta kemahiran. Kemahiran ini terus dipusakai dari satu generasi ke generasi yang lain dan terus hidup hingga sekarang. Pada keseluruhannya perusahaan kraftangan ini melibatkan 90% kerja-kerja tangan yang memerlukan kemahiran. Hanya kerja-kerja di peringkat mencuci sahaja yang menggunakan alat jentera ringan.
Adalah dipercayai seni ini diwarisi dari ahli seni ( tukang ) dari China yang berhijrah ke sini dari Funan, China. Tembaga Terengganu adalah hasil campuran tembaga putih, kuning dan zink.
Barangan logam yang dihasilkan seperti tepak sirih, pemegang lilin, bekas habuk rokok, ketur basuh tangan dan juga dalam bentuk cenderamata seperti penyu, keris, pasu dan lain-lain.
Kemahiran dan sentuhan halus penghasilnya memberikan nilai astetik yang tinggi dan dijadikan bahan untuk perhiasan.
Friday, September 24, 2010
PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.
Permainan Gasing
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan dan Terengganu. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Cara Bermain Permainan Gasing
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Cara Bermain Permainan Gasing
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Permainan Wau
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding
Membuat Wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
Congkak
Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Cara-cara Bermain Congkak
a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah
Permainan sepak Raga
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia
Cara Bermain
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Permainan Batu Seremban
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
BULU AYAM
Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk.
Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.
Membuat Bola
Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat.
Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.
Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu.
Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.
Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.
Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.
Antara permainan-permainan tradisional yang lain ialah:
1. main bedil = sejenis senjata pom pom diperbuat drpd buluh...berisikan peluru buah aral/bedil
2. bola teng = permainan menyusun tin- tin kosong...dlm pasukan...elak diri drpd bola yg dibaling oleh pihak lawan...
3. bola katok = samala mcm besbol
4. bola lipar= menyusun selipar dlm pasukan...elak kena baling bola..
5. bola beracun= duk dalam satu kotak berpasukan...musuh depan dan belakang...elak kena bola...kkl dpt sambut kira dpt point...last pemain kl dpt elak smpi 15...pasukan masuk semula..
6. napang kludok= senjata api menggunakan peluru buah senduduk...selit dibawah kayu kecil...tarik dengan getah...kl kena tembak berdenyut la jugok..
7. tol decok= mengangkat sebelah kaki dan mengejar lawan dalam satu kotak...kl dpt sentuh consider lawan kalah..
8. ubak lapu= guna batteri saiz besar utk digolekkan dlm jarak yg jauh...kl kena menang pertaruhan (gambor, getah)
9. tol nusuk= main sembunyi- sembunyi...tmpt persembunyian boleh menjangkau satu kampung...satu pasukan pula kdg2 smpi 20 org...fuhhh....
10. kete gelek= guna tin...ditebuk kiri kanan...letak pasir...masukkan dawai...dawai hubung dgn tali...main lawan tarik..sapa laju..
Wednesday, September 22, 2010
Tarian tradisional Terengganu....
Tarian Ulik Mayang
Tarian Ulek Mayang adalah sebuah tarian asli masyarakat Terengganu. Dalam bentuk asalnya adalah sebuah tarian memuja semangat. Penarinya akan menggunakan mayang pinang dan mengoncangkannya semasa menari sehinggalah ia merasakan mayang pinang tersebut bergoncang dengan sendirinya dilepaskan kepada penari yang lainnya.
Tarian ini kebiasaannya adlah untuk memuja semangat laut. Namun pada hari ini, kepercayaan atas semangat telah tiada lagi atas pengaruh Islam dan tarian ini cuma tinggal sebagai bentuk hiburan sahaja
Tarian ini kebiasaannya adlah untuk memuja semangat laut. Namun pada hari ini, kepercayaan atas semangat telah tiada lagi atas pengaruh Islam dan tarian ini cuma tinggal sebagai bentuk hiburan sahaja
Tarian Balai
Tarian ini pada asalnya bersangkut paut dengan pemujaan semangat padi dan ditarikan oleh anak-anak gadis desa di Negeri Terengganu. Kini tarian ini hanya menjadi khazanah kebudayaan Negeri Terengganu.
Pergerakan dalam tarian mengambarkan kebudayaan petani atau penanam padi. Payung yang berwarna-warni diletakkan di tengah-tengah pentas dan gadis-gadis penari tersebut akan menari mengelilingi payung yang menjadi simbol dan lambang semangat padi.
Semasa tarian itu, sebilangan perkakas-perkakas menanam padi digunakan seperti cangkul, penuai padi, topi penanam padi dan seumpamanya digunakan. Tarian ini pada kebiasaannya akan di iringi dengan nyanyian.
Pergerakan dalam tarian mengambarkan kebudayaan petani atau penanam padi. Payung yang berwarna-warni diletakkan di tengah-tengah pentas dan gadis-gadis penari tersebut akan menari mengelilingi payung yang menjadi simbol dan lambang semangat padi.
Semasa tarian itu, sebilangan perkakas-perkakas menanam padi digunakan seperti cangkul, penuai padi, topi penanam padi dan seumpamanya digunakan. Tarian ini pada kebiasaannya akan di iringi dengan nyanyian.
Tarian Saba
Tarian ini pada suatu masa dahulunya adalah merupakan sebuah tarian pemujaan namun pada hari ini ianya ditarikan hanya semata-mata untuk tujuan kesenian dan sebagai salah satu persembahan hiburan sahaja.
Tarian ini adalah kombinasi gabungan nyanyian, tarian dan muzik. Ianya dikatakan berasal daripada Negeri Terengganu.
Alat-alat muzik tradisional seperti anak ambang (buluh), anak cerating, rebana dan seruling digunakan membentuk sebuah okestra sementara lagu-lagu yang dinyanyikan pula adalah di dalam bentuk nada dan irama kontemporari.
Tarian ini adalah kombinasi gabungan nyanyian, tarian dan muzik. Ianya dikatakan berasal daripada Negeri Terengganu.
Alat-alat muzik tradisional seperti anak ambang (buluh), anak cerating, rebana dan seruling digunakan membentuk sebuah okestra sementara lagu-lagu yang dinyanyikan pula adalah di dalam bentuk nada dan irama kontemporari.
Tarian Inang
Tarian Inang adalah versi moden terhadap tarian tradisional Mak Inang. Ianya di tarikan pada majlis keramaian orang ramai. Tarian ini mempunyai tempo yang pantas dan di iringi dengan alat muzik rebana, biola dan gendang.
Lagu dan Tarian Mak Inang berasal daripada zaman Kesultanan Melaka. Lagunya dikatakan telah digubah di atas titah perintah daripada Sultan Mahmud Shah yang berkemungkinan untuk tujuan melenakan baginda di peraduannya.
Adalah sangat lemah gemalai tariannya dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan
Lagu dan Tarian Mak Inang berasal daripada zaman Kesultanan Melaka. Lagunya dikatakan telah digubah di atas titah perintah daripada Sultan Mahmud Shah yang berkemungkinan untuk tujuan melenakan baginda di peraduannya.
Adalah sangat lemah gemalai tariannya dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan
Wayang Kulit
Antara acara theater tempatan yang banyak dikenali di Malaysia ialah wayang kulit. Sebelum kemunculan peti televisyen, wayang kulit merupakan aktiviti kegemaran umum pada waktu malam hari. Tok Dalang merupakan orang penting dalam memainkan permainan wayang kulit dengan boneka-boneka dengan gaya pergerakan yang menarik dibelakang tabir putih bercahayakan sinaran lampu pelita.
Sementara bayangan daripada boneka-boneka tersebut terbayang pada skrin tersebut, Tok Dalang tanpa henti-henti melakunkan watak-watak berkenaan sambil pada masa-masa tertentu menyanyikan perbagai lagu untuk mencerminkan watak-watak dalam rangkaian cerita yang selalunya mengambil masa berjam-jam lamanya untuk berakhir.
Cerita wayang kulit di ilhamkan daripada epik Hindu iaitu Hikayat Seri Rama (Ramayana) yang mengisahkan perbagai cerita tentang manusia ajaib. Terdapat juga watak-watak melayu dan jawa dalam cerita berkisarkan kebaikan menentang kejahatan dalam plot cerita klasik. Watak-watak perwira, binatang, gergasi, halimunan, raja dan pendeta yang sering berlawan antara satu dengan yang lainnya sehingga ke penghabisan cerita menjadikan wayang kulit sebagai suatu epik yang memberangsangkan.
Oleh kerana epik ceritanya berkisarkan epik Hindu menjadikan wayang kulit pernah diharamkan di Negeri Kelantan pada masa-masa tertentu sebagai bertentangan dengan ajaran Islam kerana banyak mengarah kepada pemujaan dewa-dewa sebagaimana yang terdapat dalam cerita-cerita itu.
Sementara bayangan daripada boneka-boneka tersebut terbayang pada skrin tersebut, Tok Dalang tanpa henti-henti melakunkan watak-watak berkenaan sambil pada masa-masa tertentu menyanyikan perbagai lagu untuk mencerminkan watak-watak dalam rangkaian cerita yang selalunya mengambil masa berjam-jam lamanya untuk berakhir.
Cerita wayang kulit di ilhamkan daripada epik Hindu iaitu Hikayat Seri Rama (Ramayana) yang mengisahkan perbagai cerita tentang manusia ajaib. Terdapat juga watak-watak melayu dan jawa dalam cerita berkisarkan kebaikan menentang kejahatan dalam plot cerita klasik. Watak-watak perwira, binatang, gergasi, halimunan, raja dan pendeta yang sering berlawan antara satu dengan yang lainnya sehingga ke penghabisan cerita menjadikan wayang kulit sebagai suatu epik yang memberangsangkan.
Oleh kerana epik ceritanya berkisarkan epik Hindu menjadikan wayang kulit pernah diharamkan di Negeri Kelantan pada masa-masa tertentu sebagai bertentangan dengan ajaran Islam kerana banyak mengarah kepada pemujaan dewa-dewa sebagaimana yang terdapat dalam cerita-cerita itu.
Rodat
Permainan rodat merupakan salah satu daripada kesenian rakyat Terengganu yang masih subur hingga sekarang. Permainan ini terdiri dari satu pasukan terdiri daripada pemukul rebana tar, orang meneggak dan mak inang. Pemukul rebana juga bertugas sebagai penyanyi bagi mengiringi orang menenggak dan mak inang. Ketua kumpulan ini dinamakan Tukang Adi yang akan membacakan lagu-lagu rodat dari kitab Hadrah. Kitab ini dipercayai dari Timur Tengah. Biasanya lagu-lagu rodat ialah tentang pemujian terhadap Tuhan dan nabi. Namun ada kalanya juga telah diMelayukan mengikut suasana semasa.
Rodat selalunya dipertunjukkan waktu malam. Biasanya dari jam sepuluh malam hinggalah fajar menyinsing. Pertunjukan diadakan apabila adanya majlis-majlis kahwin, kenduri, khatan, pesta-pesta perayaan atau Temasya Main Pantai
Mak Inang adalah merupakan tarikan utama terhadap sesebuah kumpulan rodat. Inang yang terdiri daripada gadis atau perempuan muda hanya keluar sekali sekala sahaja dan sentiasa diawasi oleh kumpulan tenggak. Pada zaman dahulu, setiap kali inang keluar, para penonton khususnya pemuda akan melontarkan rokok dan ada kalanya duit kepada mereka ini.
Rodat selalunya dipertunjukkan waktu malam. Biasanya dari jam sepuluh malam hinggalah fajar menyinsing. Pertunjukan diadakan apabila adanya majlis-majlis kahwin, kenduri, khatan, pesta-pesta perayaan atau Temasya Main Pantai
Mak Inang adalah merupakan tarikan utama terhadap sesebuah kumpulan rodat. Inang yang terdiri daripada gadis atau perempuan muda hanya keluar sekali sekala sahaja dan sentiasa diawasi oleh kumpulan tenggak. Pada zaman dahulu, setiap kali inang keluar, para penonton khususnya pemuda akan melontarkan rokok dan ada kalanya duit kepada mereka ini.
Gamelan
Gamelan Melayu adalah berbeza dengan permainan Gamelan yang berasal daripada Tanah Jawa atau Bali tetapi perbezaannya bukanlah terletak kepada pealatan muzik yang digunakan. Permainan Gamelan telah diperkenalkan di negeri Pahang pada tahun 1811 daripada kerajaan Riau-Lingga dan telah berkembang ke negeri Terengganu hasil daripada perkahwinan DiRaja kedua buah negeri tersebut. Daripada 60 buah lagu yang telah dibawa itu telah hilang bersama-sama dengan kematian pemain-pemain asalnya dan hanya sentengah sahaja iaitu 30 buah lagu yang tinggal yang mana 12 daripadanya yang sering dimainkan.Gamelan Melayu adalah adalah amat mudah jika dibandingkan dengan Gamelan Jawa atau Gamelan Bali dimana hampir kesemua alat gamelan dimainkan serentak untuk menghasilkan lagu berlainan dengan Gamelan Jawa yang amat terikat permainannya. Alat-alat Gamelan yang digunakan adalah seperti saron, gambang, keromong or bonang, kenong, gong dan gendang.
Sebagai satu adat dalam permainan Gamelan, para pemainnya akan bergerak di antara peralatan muzik tersebut daripada satu alat kepada alat lain yang berikutnya. Gamelan Melayu dipermainkan terutamanya semasa adat istiadat DiRaja dan acara-acara rasmi dan para pemainnya pada kebiasaannya dilatih di Istana DiRaja.
tarian ulek mayang |
tarian gamelan |
tarian balai |
tarian inang |
Rodat |
tarian saba |
wayang kulit |