Tuesday, April 9, 2013

Telah Dijual: T-Shirt Hard Rock Cafe Dubai

Untuk collector dan peminat Hard Rock Cafe Vintage. Kain cotton yang selesa. Saiz XXL. Condition 7/10

Telah Dijual: Istimewa Basikal Jepun Vintage Lama Jenama Sanyo 6 Gear Shimano

Khas buat peminat kayuhan nostalgia collector japan bicycle vintage bike mempunyai ciri-ciri menarik:
♥ gear Shimano 6 speed 
♥ no plat lama asli depan belakang
♥ hon basikal style lama
♥ bakul barang
♥ lampu L.E.D dengan bateri depan belakang
♥ loceng single ring klasik macam loceng receptionist aksesori terbaru (rujuk gambar penunggang)
♥ seat rambu dan streamers ala harley
 
 
 
 
♥ double stand 
♥ carrier belakang
♥ tempat letak kaki aluminium silver
♥ No chasis terukir
♥ bom besar rim depan
♥ rusty vintage look            

Telah Dijual: Gelas Seramik Playing Cards Corak Daun Terup Full House

Buat peminat collector gelas nostalgia, didatangkan 1 set gelas seramik unik dengan design terup full house of spades, hearts, clubs & diamonds.

Wednesday, April 3, 2013

Telah Dijual: Bag Pack Canon Pixma Star Wars Episode III Revenge Of The Sith

Peminat Star Wars jangan ketinggalan. Beg galas kain ala army dengan tali boleh adjustable. Logo Star Wars yang jelas dan terang. Condition 9/10.

Sunday, July 17, 2011

Ikan Laga Betta Halfmoon Pilihan Bulan Syaa'ban

Salamander ini menjadi rebutan bagi setiap peminatnya. Ia menyerlah dengan warna-warni dan les putih yang cukup menarik dan sentiasa menjadi perhatian ramai. Dari riak lenggok dan ekornya, ia menunjukkan tahap kesihatan yang memuaskan. Air yang bersih menjamin kecantikan rupa fizikalnya. Melihatkannya saja membuatkan kita berada di dalam situasi yang menggegarkan sebegini. Seronok bukan ! Jangan lupa untuk berpuasa sunat setiap hari dan membaca Yasin di bulan Syaa'ban ini !


Wednesday, October 27, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BLOG PELANCONGAN TERENGGANU 2010

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya hambamu ini dijemput untuk ke  Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010 yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Semoga kebaikan dan rezeki dariMu akan lebih mencurah-curah lagi bagi kita semua di Negeri Terengganu ini. Amin. :)

Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan

Anda Yang Dihormati (Peserta Layak Pertandingan)

Ke :

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010

Tarikh          :           2 November 2010 (Selasa)
Masa            :           4.30 petang
Tempat         :           Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu


Pakaian         :           Kemas / Pejabat / Batik                                                                

“MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN”

ATURCARA

4.30 petang     :           Ketibaan Jemputan

4.50 petang     :           Ketibaan VIP

5.00 petang     :           Ketibaan YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
                                    Menteri Besar Terengganu

                        :           Bacaan Doa
                        
                        :           Ucapan YB Datuk Haji Abdul Rahin bin Mohd Said
                                    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri,
                                    Terengganu.

                        :           Ucapan YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
                                    Menteri Besar Terengganu
                      
5.50 petang     :           Ulasan Ketua Hakim Pertandingan Blog
                                    Pelancongan Terengganu 2010

6.00 petang     :           Keputusan dan Penyampaian Hadiah
                                    Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010
           
                        :           Sesi Bergambar
           
                        :           Jamuan Ringan


                        :           Bersurai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...