Monday, September 30, 2013

Telah Dijual: Hello Kitty & Dear Daniel Space Millenium Wedding

Keluaran khas oleh McDonalds Corporation tahun 1999. Content 100% polyester fiber fill. Didatangkan sepasang edisi perkahwinan angkasawan  special edition Hello Kitty bersama pasangannya Dear Daniel. Item is very rare dengan topi angkasawan masih ada bersama dengan tag asal, rujuk pada gambar. Harga adalah untuk sepasang. Condition 8/10.

Telah Dijual: Patung Super Mario Soft Toy Doll

Patung Icon Nintendo yang terkenal tahun 1990an. Mario dengan game terkenalnya Super Mario. Condition 8/10.

Telah Dijual: Patung TY Ronald McDonald Bear

Patung keluaran khas McDonald tahun 2006 dengan logo muka Ronald di hadapan. Condition 10/10 seperti baru.

Telah Dijual: Patung Goleo 06 Singa Lion Fifa World Cup Germany

Keluaran khas McDonald sebagai official sponsor FIFA World Cup Germany 2006. Condition 10/10 dengan jersey hitam kain asal. Mascot soft toys.

Telah Dijual: Patung Ronald McDonald Bobblehead

Keluaran khas McDonald pada tahun 2010. Jenis goyang kepala, shaky atau shaking head. Juga dikenali sebagai bobblehead.

Bobblehead 1

Bobblehead 2 Unopened

Thursday, September 19, 2013

Telah Dijual: Novel Cinta Kau Dan Aku

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Penulis: Siti Rosmizah
Terbitan: GrupBuku Karangkraf

Telah Dijual: Novel Cinta Untukmu

Kerana sering mengusik dan membuli Tiara, tanpa disedari tumpuan Syahiman sentiasa pada Tiara. Syahiman berasa seronok apabila Tiara marah-marah. Syahiman berasa suka jika Tiara memberikan respons. Secara tiba-tiba, Syahiman menjadi terlalu ingin memerhati Tiara. Keinginan itu bagaikan tidak dapat ditahan-tahan lagi. Sehingga Syahiman dikejar oleh Mak Cik Hasnah lalu bersembunyi di dalam reban ayam.

"Aku ingin kaya-raya Tiara. Punya rupa. Tapi kau apa yang ada. Kalau nak tahu, aku benci pada kau Tiara. Aku malu untuk mengaku kau sebagai kawan aku. Mulai saat ini, jangan kau sesekali mengganggu aku. Persahabatan kita telah lama putus. Kita berdua orang asing pada aku. Kita berbeza taraf. Kau tak layak untuk menghampiri aku lagi." ~ Syahiman

"Kalau ikutkan hati abang, abang mahu hidup lebih lama lagi di sisi Tiara. Siapa tak sayang nak tinggalkan isteri secantik Tiara ni." ~ Haizul

Kerana tidak tega membiarkan orang yang dicintai bersama wanita lain, dia nekad dengan rancangannya. Sekarang, orang yang dirindui separuh nyawa itu telah tiada lagi. Lantaran sifat dengki yang membusuk di hati, enggan mengaku kalah, lalu akhirnya dia juga yang kehilangan. ~ Fazira
Karya: Siti Nur Dhuha
Terbitan: GrupBuku Karangkraf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...