Tuesday, June 1, 2010

Ubi Gadong


 Ini lah isi ubi gadong


UBI GADONG

Mungkin ramai di antara kita yang tidak pernah mendengar nama ubi gadong. Ubi ‘keramat’ ini juga dikenali dengan berbagai nama lain seperti ubi nasi, tuba ubi, ubi cerok, ubi merah, ubi kendudok dan ubi kipas. Masyarakat Melayu memanggilnya ubi gadong manakala ia digelar kloi di dalam bahasaa Thai dan nami oleh orang Filipina. Nama gadong ini juga dahulu lebih sinonim dengan kehidupan yang miskin dan kesengsaraan. Ia juga telah mencatat seribu sejarah perjuangan penuh patriotik. Hinggakan pada satu masa dahulu sekitar 70-an sekumpulan aktivis pelajar menggunakan nama gadung untuk menggambarkan gerakan membasmi kemiskinan yang diperjuangkan.
Walau apapun nama tempatan yang diberi, namun keluarga spesis ini mempunyai satu nama saintifik, iaitu Dioscorea sp. Di Malaysia, terdapat sebanyak 19 spesis ubi gadong termasuk Dioscorea hispida, Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata. Setiap spesis ini berbeza dari aspek fizikal dan kimia di antara satu dengan lain.
Ubi gadung yang beracun hanyalah satu-satunya tumbuhan liar yang bolej hidup dan bertahan walau dalam apa keadaan cuaca sekalipun. Ubi gadung juga sejenis tumbuhan yang hidup bertahun-tahun lamanya dan amat sukar mati. Ia juga digolongkan di dalam tumbuhan liar yang tumbuh menjalar dan memanjat dan boleh memanjang sehingga 20 meter dengan batangnya berduri.
Isi atau ubi gadung ini membesar di bawah tanah seperti ubi keledek. Terdapat beberapa biji ubi di dalam satu liang dan bentuknya agak bulat serta berkulit keras nipis. Kulit ubi ini bewarna coklat kekuningan dan isinya kuning keputihan dan ubi dapat dibezakan dengan ubi yang lain melalui bentuk daunnya. Ubi beracun ini mempunyai daun segi tiga yang tidak bercantum antara satu sama lain. Bunganya amat jarang ditemui tetapi kalau ada ia akan tumbuh diketiak daun dengan warna kekuningan dan berbau wangi.
Dilihat dari jauh, daun pokok ubi gadung ini kelihatan seperti daun sireh. Pokok ubi ini ialah daripada jenis menjalar dan batangnya pula mempunyai banyak duri sehingga sukar untuk dipegang. Ubinya mempunyai saiz yang berbeza-beza, dan ada yang mencapai berat sehingga lima kilogram. Dioscorea hispida mepunyai ubi yang bewarna kuning, ubi Dioscorea piscatorum barwarna kemerahan dan ubi Dioscorea alata pula bewarna kuning kemerahan.
Ubi gadung sering dijual di kampung terutama pada musim tengkujuh. Di Pantai Timur, ubi ini direbus dan dimakan bersama kelapa. Apa yang aneh mengenai ubi ini ialah ubi ini beracun. Ubi ini dijadikan sebagai racun ikan, atau tuba ikan. Kajian saintifik menunjukkan bahawa ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun, dioscorine iaitu sejenis alkaloid yang larut di dalam air.


SUMBANGAN UBI GADONG

Walaupun beracun, tetapi masyarakat Melayu dan orang asli telah menjumpai cara untuk menghilangkan racunnya. Sejak zaman dahulu, mereka telah menggunakan ubi ini sebagai makanan dengan cara merendamkan ubi tersebut di dalam air yang mengalir (seperti sungai) selama beberapa hari. Apabila direndam, kandungan dioscorine di dalamnya akan dilarutkan oleh air dan lama kelamaan, ubi ini akan bebas daripada dioscorine .
Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa ubi ini kaya dengan bahan yang disebut sebagai steroid. Steroid di dalam ubi ini terdapat dalam bentuk yang bergabung dengan gula, iaitu saponin. Steroid ialah sumber asli yang penting dalam pengahsilan ubatan dan hormon. Saponin ini juga bersifat anti agresif platlet iaitu saponin boleh menghalang pengetulan (agresif) paltlet di dalam darah. Secara tidak langsung saponin dapat menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis.
Di Maxico, ubi ini ditanam secara komersial untuk tujuan penghasilan ssteroid. Steroid ini boleh diproses untuk dijadikan hormon seks, pil pencegah hamil dan bahan kortison.


PROSES UNTUK HASILKAN UBATAN

Dalam proses menghasilkan bahan-bahan ubatan, ubi yang matang dipungut dan diekstrak dengan menggunakan bahan petroleum. Pengekstrakan ini akan menyisihkan bahan steroid daripada bahan-bahan lain yang terkandung dalam ubi ini. Selepas diekstrak, sebatian- sebatian steroid yang diperolehi diproses untuk mengubah stuktur kimianya bagi membentuk bahan tertentu yang diperlukan. Kemudian steroid ini akan disteril dan dibotolkan sebagai ubat.


KEGUNAAN-KEGUNAAN LAIN

Selain daripada kegunaannya sebagai sumber steroid dan ubatan, ubi gadong juga mempunyai banyak kegunaan lain. Di Kashmir, ubi gadong ini digunakan untuk membasuh bulu biri-biri sebelum dijadikan pakaian atau barang perhiasan. Pembasuhan dengan perahan ini dikatakan boleh membunuh kutu dan serangga yang terdapat di bulu biri-biri itu. Ekstrak ubi ini juga dikatakan boleh membunuh siput dan kesan ini disebabkan oleh saponin.
Walaupun ubi gadong ini telah lama digunakan sebagai sebahagian daripada makanan masyarakat Melayu namun tanpa kajian dan penyelidikan di kalangan para penyelidik, khasiat ubi ini mungkin tidak diketahui.

5 comments:

  1. Assalamualaikum puan....boleh saya dapatkan contact number puan ataupun email kerana sekarang saya sedang menjalankan kajian tentang pokok ubi gadong ni. Saya perlukan sumber untuk mendapatkan bahan mentah pokok ini. Saya harap puan dapat membantu saya. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Batang ubi gadong yg dh kering boleh buat rokok. Lebih high dri ganja.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas maklumat yang sangat berguna

    ReplyDelete
  4. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit,tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.

    Boleh Call @ WhatsAp terus pengasas die,nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2, direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 En Mohd Zuhairi- 0174687570

    2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawar nya mpunyai kesan yang pantas.
    Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital☺👍🏻

    3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.

    5) Selain dr penyakit kanser pn blh juga mengambil penawar yg hebat ini sbgai rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan sperti penyakit :
    -Denggi &Kencing Tikus
    (Ada testimoni dimana pesakit minum jus dan rawatan doctor ,ada kesan positif dalam 3hari)

    -Batu Karang, Gastrik,sirosis hati dan Gout
    (Jus juga berperanan bg menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit, memperlahankn pertumbuhan penyakit
    6) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan rawatan alternatif ini , termasuk kencing manis seperti *kaki berlubang dan bernanah

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die (penawar jus) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar sampingan bg penyakit knser yg tepat.disamping itu TIDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.💪🏼

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn penawar beliau, dan sudah mencuba ,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser.boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan penawar khusus en. zuhairi ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai salah satu rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dr kanser. penawar jus ini diambil selari dgn rawatan hospital.
    ~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil penawar jus ni dr kanser tahap 4 sehingga sembuh tanpa meninggalkn jus dan rawatan hospital...
    ~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa..sekarang sudah hampir sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
    ~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
    ~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini...ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉

    7)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    💐Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
    In sya Allah mujarab.mudah mudahan aaminn..🤲🏼

    ReplyDelete
  5. NOTE :
    Kebanyakan pesakit2 yg mengambil penawar jus ini tetap meneruskan temujanji doktor masing2....tidak boleh tinggal kan rawatan hospital utk melihat perubahan penyakit mereka...walau bagaimana pun..mereka mengatakan terdapat perbezaan jika membuat rawatan hospital ketika bersama2 mengambil jus ini dan dgn tidak mengambil nya.. jus ini diteruskan oleh mereka apabila kesan nye mereka tidak rasa sakit teruk semasa rawatan hospital dan kekal cergas bertenaga dan menambah selera makan terutama nya semasa rawatan kimo.
    - Ia bukan lah jus rawatan yg memanaskan badan anda. Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN dan ia merupakan herba yang amat perlu di miliki oleh setiap pesakit..

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...