Monday, May 19, 2014

Telah Dijual: Syiling Malaysia Coin Bunga Raya Key Date 1995

50sen tahun 1995 bagi keluaran ke dua syiling Malaysia bertemakan bunga raya adalah diantara syiling yang paling sedikit sekali ditempa. Jumlah tempaan yang dicatatkan cuma 1,650,423 keping dan ianya juga sebagai KEY DATE untuk siri 50sen ini. Ramai diantara pengumpul amat jarang menemui syiling keluaran 1995 ini malah ianya semakin bernilai dalam numismatik selain dari nilai mukanya yang tetap dengan nilai 50sen. Hingga kini ianya masih diburu oleh pengumpul syiling Malaysia kerana dengan adanya ia maka dapatlah disempurnakan koleksi keluaran tema bunga raya yang bermula dari tahun 1989 hingga 2011 “KECUALI” untuk tahun 2006. Tanpa tahun 1995 bererti koleksi tidak akan lengkap dan untuk mendapatkannya mengambil masa yang lama melainkan keberuntungan pada pengumpul kerana temui syiling ini dipasaran atau pun dengan cara membeli dari pengumpul lain. Bererti kena keluarkan modal untuk melengkapkan koleksi berbanding jika temui dipasaran yang diperolehi dengan nilai muka sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...