Pages

Thursday, August 12, 2010

Satar ikan terengganu...mantop...


Satar adalah sejenis makanan ringan yang diproses dari isi ikan. Ianya popular di negeri Pantai Timur Semenanjung dan kini mendapat sambutan menggalakkan di seluruh negara.
Kebiasaannya, satar diproses dengan menggunakan isi ikan selar kuning, kerisi, gelama dan tenggiri.


Bahan-bahan untuk memproses satar

Kelapa parut
Bawang besar
Bawang merah
Cili hidup
Garam
Gula
MSG


Cara-cara Pemprosesan Satar Ikan
 
a) Mengadun
Isi ikan diadun bersama ramuan seperti kelapa parut, bawang besar, barang merah, cili hidup dan bahan perasa seperti garam, gula serta M.S.G. dengan menggunakan mesin pengadun sehingga sebati.

b) Membungkus
Adunan yang telah siap kemudiannya dibungkus dengan menggunakan daun pisang berbentuk kon. Satar-satar kemudiannya dicucuk dan disusun rapat pada bilah buluh yang telah disediakan.

c) Membakar
Satar boleh dibakar menggunakan dua cara iaitu menggunakan arang atau 'griller.' Semasa membakar, jarak di antara bara api dan satar hendaklah tidak terlalu dekat supaya pembalut tidak hangus dan isi masak sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment