Pages

Friday, September 17, 2010

Pantai Dendong Besut, Terengganu.......

Pantai Dendong sebagai Bandar Bistari yang melibatkan kawasan seluas 1,600 hektar dalam keadaan semulajadi serta kedudukan yang strategik dalam lingkaran pelancongan persisiran pantai. Komponen warna kehijauan dedaun dengan warna keemasan pepasir sudah cukup untuk menenangkan jiwa yang menikmatinya. Disini juga terdapat sebuah bukit yang amat menarik pandangan pelancong. Di sini, turut disediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Keindahan pantainya amat mengasyikkan sesiapa sahaja selain masih mengekalkan kehijauan. Selain Pantai Air Tawar, Pantai Dendong juga menjadi destinasi percutian ataupun beriadah bersama-sama keluarga dihujung minggu. Sementelah jarak antara kedua-dua destinasi perkelahan ini tidak jauh dan mempunyai tarikan masing-masing.

No comments:

Post a Comment