Pages

Thursday, September 19, 2013

Telah Dijual: Novel Cinta Untukmu

Kerana sering mengusik dan membuli Tiara, tanpa disedari tumpuan Syahiman sentiasa pada Tiara. Syahiman berasa seronok apabila Tiara marah-marah. Syahiman berasa suka jika Tiara memberikan respons. Secara tiba-tiba, Syahiman menjadi terlalu ingin memerhati Tiara. Keinginan itu bagaikan tidak dapat ditahan-tahan lagi. Sehingga Syahiman dikejar oleh Mak Cik Hasnah lalu bersembunyi di dalam reban ayam.

"Aku ingin kaya-raya Tiara. Punya rupa. Tapi kau apa yang ada. Kalau nak tahu, aku benci pada kau Tiara. Aku malu untuk mengaku kau sebagai kawan aku. Mulai saat ini, jangan kau sesekali mengganggu aku. Persahabatan kita telah lama putus. Kita berdua orang asing pada aku. Kita berbeza taraf. Kau tak layak untuk menghampiri aku lagi." ~ Syahiman

"Kalau ikutkan hati abang, abang mahu hidup lebih lama lagi di sisi Tiara. Siapa tak sayang nak tinggalkan isteri secantik Tiara ni." ~ Haizul

Kerana tidak tega membiarkan orang yang dicintai bersama wanita lain, dia nekad dengan rancangannya. Sekarang, orang yang dirindui separuh nyawa itu telah tiada lagi. Lantaran sifat dengki yang membusuk di hati, enggan mengaku kalah, lalu akhirnya dia juga yang kehilangan. ~ Fazira
Karya: Siti Nur Dhuha
Terbitan: GrupBuku Karangkraf

No comments:

Post a Comment