Armand
Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding
bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka,
ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan
rakan-rakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan.
Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan
mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya.
Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan
dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni
pasangan ini menemui penghujungnya.
Armand Danial telah berkahwin
dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika
Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke
negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya,
Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff
Danial.
Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand
Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah
Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Segala-galanya pasti
terjawab dalam Pelukan Cinta.
Karya: Amisha Dania
Terbitan: Kaki Novel
No comments:
Post a Comment