Sunday, July 17, 2011

Ikan Laga Betta Halfmoon Pilihan Bulan Syaa'ban

Salamander ini menjadi rebutan bagi setiap peminatnya. Ia menyerlah dengan warna-warni dan les putih yang cukup menarik dan sentiasa menjadi perhatian ramai. Dari riak lenggok dan ekornya, ia menunjukkan tahap kesihatan yang memuaskan. Air yang bersih menjamin kecantikan rupa fizikalnya. Melihatkannya saja membuatkan kita berada di dalam situasi yang menggegarkan sebegini. Seronok bukan ! Jangan lupa untuk berpuasa sunat setiap hari dan membaca Yasin di bulan Syaa'ban ini !


Wednesday, October 27, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BLOG PELANCONGAN TERENGGANU 2010

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya hambamu ini dijemput untuk ke  Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010 yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Semoga kebaikan dan rezeki dariMu akan lebih mencurah-curah lagi bagi kita semua di Negeri Terengganu ini. Amin. :)

Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan

Anda Yang Dihormati (Peserta Layak Pertandingan)

Ke :

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010

Tarikh          :           2 November 2010 (Selasa)
Masa            :           4.30 petang
Tempat         :           Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu


Pakaian         :           Kemas / Pejabat / Batik                                                                

“MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN”

ATURCARA

4.30 petang     :           Ketibaan Jemputan

4.50 petang     :           Ketibaan VIP

5.00 petang     :           Ketibaan YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
                                    Menteri Besar Terengganu

                        :           Bacaan Doa
                        
                        :           Ucapan YB Datuk Haji Abdul Rahin bin Mohd Said
                                    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri,
                                    Terengganu.

                        :           Ucapan YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said
                                    Menteri Besar Terengganu
                      
5.50 petang     :           Ulasan Ketua Hakim Pertandingan Blog
                                    Pelancongan Terengganu 2010

6.00 petang     :           Keputusan dan Penyampaian Hadiah
                                    Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010
           
                        :           Sesi Bergambar
           
                        :           Jamuan Ringan


                        :           Bersurai

Wednesday, September 29, 2010

Ikan laga atau di kenali sebagai ikan sekilau merupakan hobi terbaru yang terdapat di Terengganu...
















Ikan laga ataupun lebih dikenali sebagai "ikan sekilau" yang diyakininya mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena dengan caranya. Semasa kecil-kecil dahulu saya bersama rakan-rakan selalu turun ke bendang untuk mencari ikan sekilau kerana selain untuk dilagakan, saya juga suka melihat bentuknya yang cantik dan berwarna-warni. Lima tahun lepas satu pertandingan ikan laga telah di adakan di Chendering, Kuala Terengganu. Ikan laga juga mempunyai nama saintifiknya iaitu Betta Splendeds. Memelihara ikan laga tidak sesukar untuk memelihara ikan lain. Yang penting kita hanya perlu memastikannya mendapat makanan yang cukup serta tahap alkali air di dalam kolah itu di sekitar ph 7.8. Untuk menghasilkan benih ikan, sepasang induk perlu dimasukkan ke dalam kolam yang mempunyai air yang bersih. Selepas itu, ia perlu diletakkan dengan daun pisang, daun ketapang, pokok keladi bunting dan ia akan mengambil masa selama satu hingga dua hari sebelum telur ikan boleh dihasilkan. Dalam tempoh 48 jam telur-telur tersebut akan menetas, dan sepasang induk dikatakan mampu untuk menghasilkan antara 300 hingga 400 anak ikan dalam sesuatu masa. Ketika anak-anak ikan itu telah mencecah usia sebulan lebih dalam takungan, ikan-ikan laga jantan yang mempunyai ekor yang lebih panjang dan lebih cantik berbanding ikan betina perlu diasingkan untuk mengelakkan mereka dari berlaga sesama sendiri. Namun yang uniknya, ikan betina yang mempunyai ekor yang lebih pendek tidak pula perlu diasingkan kerana ikan-ikan betina dikatakan mampu hidup harmoni tanpa sebarang sengketa. Dalam proses pembesaran ikan laga, ikan-ikan itu diberikan makan jentik-jentik, cacing merah dan plankton, dan apabila telah mencecah dua bulan setengah, ikan-ikan laga tadi sudah pun boleh dipasarkan. Terdapat beberapa jenis ikan laga yang berada di pasaran termasuk ikan laga ekor mahkota (crown tail), ekor pendek separa bulan (half moon pelakat), dan separa bulan (half moon) dengan 30 variasi warna-warni.



 

Proses membuat air nira nipah....

1. BUNGA NIPAH — Seperti tumbuhan lain pokok nipah juga berbunga sebelum berbuah. Bunga nipah pada mula ditiupi dengan kulit kumtum. Dan setelah itu ia akan mengembang dan inilah keadaannya. 
2. BUAH NIPAH MUDA — Dari kuntuman bunga ia membentuk buah nipah muda. Pada ketika ini buah nipah masih kecil. Pada waktu ini juga buah nipah masih tidak berisi.
3. BUAH NIPAH MATANG — Apabila buah nipah mencapai tahap matang saiz tandannya juga makin membesar. Buahnya mula berisi dan batang tandannya mula melentur.
4. CUCI TANDAN — Setelah dikenal pasti buah nipah telah mencapai tahap matang ia perlu dicuci iaitu membuang semua kulit tandannya.
5. MEMUKUL TANDAN — Batang tandan yang kurang melengkung akan dipukul dengan menggunakan pengetuk kayu.
6. TANDAN BUAH NIPAH — Inilah bentuknya tandan buah nipah yang telah dibuang kulit dan dipukul menjadi melengkung. Ia akan dibiarkan untuk seketika sebelum menjalani proses yang seterusnya.
7. TANDAN DISALUTI LUMPUR — Batang tandan buah nipah tersebut kemudiannya akan disaluti dengan lumpur supaya ia tidak menjadi kering.
8. URUT TANDAN — Batang tandan buah nipah perlu diurut setelah beberapa ketika ia dibiarkan disaluti lumpur. Mengikut perkiraan batang tandan buah nipah tersebut perlu 
9. PARAS TANDAN — Selepas tamat tempoh mengurut batang tandan buah nipah tersebut proses memangkas buah dari batang tandan dilakukan. Kemudian ia akan dibiarkan untuk beberapa hari untuk membiarkan nira turun.
10. LETAK TUKEY — Apabila didapati nira aturun dengan kuat barulah boleh ditadahkan dengan tukey. Pada masa dahulu tukey diperbuat daripada buluh.
11. TAHAN NIRA — Beginilah keadaannya semasa menahan nira dalam tukey. Selalunya nira akan ditadah pada waktu malam kerana pada wkatu malam nira dikatakan turun dengan banyak.
12. PUNGUT NIRA — Nira akan dikumpulan pada keesokan paginya. Mengikut amalan tradisi nira yang terhimpun dalam tukey akan dikumpulkan ke dalam buyung.
13. "MINUMAN AIR NIRA" — Air nira nipah manis lagi berkhasiat dan untuk menambah keenakan nira nipah perlu dicampur dengan air batu.

Tuesday, September 28, 2010

Taman Bandar Chukai,kemaman,Terengganu...





Air terjun penitih.....kemaman,Terengganu...


Air Terjun Jeram Penitih dengan keluasan 4,000 hektar persegi (atau 10,000 ekar) terletak di Seri Bandi, daerah Kemaman. Asal-usul nama Jeram Penitih diberi kerana disebabkan air terjun di tempat ini tidak akan ditemui oleh orang luar melainkan lokasinya telah sedia dititih (diwarisi) dari generasi ke generasi berikutnya. Disebabkan lokasi tempat ini amat sulit untuk ditemui, Air Terjun Jeram Penitih tidak begitu dikenali ramai oleh pelancong dari luar Negeri Terengganu.
Keistimewaannya yang begitu jelas ketara di sini adalah Air Terjun Jeram Penitih mempunyai lapan tingkat air terjun. Setiap tingkat air terjun-nya mempunyai spesifikasi yang berbeza dan juga keunikannya yang tersendiri. Di tingkat pertama Air Terjun Jeram Penitih, anda akan melepasi sungai-sungai kecil dan juga bukit. Perjalanan di sini masih lagi lancar dan senang sekali. Di tingkat kedua dan tingkat-tingkat yang seterusnya juga, pendakian anda akan menjadi bertambah sukar kerana struktur permukaan dan kawasan air terjun yang semakin curam. Di tingkat ketiga, dengan ketinggian air terjun adalah 300 kaki dari paras darat, di sini amat sesuai untuk anda melakukan aktiviti absailing. Di tingkat keempat, kawasannya juga curam tetapi permandangan di sini memang cantik. Di kawasan air terjun ini dahulu merupakan kawasan penempatan persembunyian komunis. Di belakang air terjun ini terdapat sebuah gua yang digunakan untuk anggota komunis bersembunyi. Di tingkat ketujuh air terjun ini, terdapat banyak udang-udang halus yang boleh anda tangkap secara hidup-hidup dan juga boleh dimakan. Di tingkat kelapan pula, di sini permandangannya memang cukup cantik sekali jika dibandingkan dengan permandangan di tingkat-tingkat bawah Air Terjun Jeram Penitih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...