Wednesday, September 29, 2010

Ikan laga atau di kenali sebagai ikan sekilau merupakan hobi terbaru yang terdapat di Terengganu...
















Ikan laga ataupun lebih dikenali sebagai "ikan sekilau" yang diyakininya mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena dengan caranya. Semasa kecil-kecil dahulu saya bersama rakan-rakan selalu turun ke bendang untuk mencari ikan sekilau kerana selain untuk dilagakan, saya juga suka melihat bentuknya yang cantik dan berwarna-warni. Lima tahun lepas satu pertandingan ikan laga telah di adakan di Chendering, Kuala Terengganu. Ikan laga juga mempunyai nama saintifiknya iaitu Betta Splendeds. Memelihara ikan laga tidak sesukar untuk memelihara ikan lain. Yang penting kita hanya perlu memastikannya mendapat makanan yang cukup serta tahap alkali air di dalam kolah itu di sekitar ph 7.8. Untuk menghasilkan benih ikan, sepasang induk perlu dimasukkan ke dalam kolam yang mempunyai air yang bersih. Selepas itu, ia perlu diletakkan dengan daun pisang, daun ketapang, pokok keladi bunting dan ia akan mengambil masa selama satu hingga dua hari sebelum telur ikan boleh dihasilkan. Dalam tempoh 48 jam telur-telur tersebut akan menetas, dan sepasang induk dikatakan mampu untuk menghasilkan antara 300 hingga 400 anak ikan dalam sesuatu masa. Ketika anak-anak ikan itu telah mencecah usia sebulan lebih dalam takungan, ikan-ikan laga jantan yang mempunyai ekor yang lebih panjang dan lebih cantik berbanding ikan betina perlu diasingkan untuk mengelakkan mereka dari berlaga sesama sendiri. Namun yang uniknya, ikan betina yang mempunyai ekor yang lebih pendek tidak pula perlu diasingkan kerana ikan-ikan betina dikatakan mampu hidup harmoni tanpa sebarang sengketa. Dalam proses pembesaran ikan laga, ikan-ikan itu diberikan makan jentik-jentik, cacing merah dan plankton, dan apabila telah mencecah dua bulan setengah, ikan-ikan laga tadi sudah pun boleh dipasarkan. Terdapat beberapa jenis ikan laga yang berada di pasaran termasuk ikan laga ekor mahkota (crown tail), ekor pendek separa bulan (half moon pelakat), dan separa bulan (half moon) dengan 30 variasi warna-warni.



 

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...