Tuesday, September 21, 2010

Pulau Tenggol Dungun, Terengganu....

Pulau Tenggol merupakan sebuah lagi destinasi menyelam yang mempesona dan terletak hanya 45 minit dari persisiran pantai Kuala Dungun di bahagian selatan negeri Terengganu. Pulau ini kecil - hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Bagaimana pun, ini tidak menghalangnya dari dianggap sebagai 'syurga' lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktiviti menyelam skuba.  Pedalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini mengunjur dari pedalaman pulau terus hingga ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut - seperti dinding kanvas bagi hidupan laut - yang tidak jemu di kunjungi penyelam skuba. Berhati-hati dengan arus deras di Tenggol sekiranya anda menyelam di sini. Kebanyakan sesi menyelam dirancang di waktu perantaraan air pasang-surut, apabila laut lebih tenang. Namun demikian, arus laut mungkin kuat - sesuai untuk selaman hanyut! Dari jeti Dungun, naiki bot untuk pergi ke Pulau Tenggol.  Pulau ini mempunyai resort yang selesa, tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam skuba yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...