Monday, September 20, 2010

Pantai Kemasek Kemaman

Pantai Kemasek terletak berhampiran Kemaman. Mudah untuk sampai ke situ kerana terletak dalam jalan utama Kuantan-Kemaman. Simpang masuk ke situ agak bahaya kerana terletak betul-betul di jalan yang berselekoh.
Pantai Kemasek Kemaman


Batuan di Pantai Kemasek

Lagi batuan menarik di Pantai Kemasek

Di Pantai Kemasek ada disediakan beberapa gerai oleh Mara dibawah sekim pembangunan usahawan mikro. Jualan yang ada termasuklah seperti menjual burger dan keropok lekor. Mereka hanya berniaga pada hujung minggu dan mungkin waktu petang ke malam. Kalau datang pada Ahad pagi langsung tiada orang yang berniaga di situ.



Sebuah gerai peniaga burger



Gerai peniaga .... kosong pada pagi Ahad

Tandas awam Pantai Kemasek
Majlis Perbandaran Kemaman sedang giat dengan projek menaik taraf kemudahan awam di Pantai Kemasik. Mereka sedang membina gerai kekal untuk peniaga, taman permainan dan berbagai usaha mengindahkan kawasan persekitarannya.
Gerai peniaga sedang dalam pembinaan
Dataran taman permainan sedang di bina

Pelantar pejalan-kaki dalam pembinaan
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...