TASIK KENYIR
Tasik ini mempunyai pemandangan lanskap yang menakjubkan dan merupakan tempat yang sesuai untuk melarikan diri dari kesibukan kota. Antara keistimewaan yang terdapat di tasik ini terbahagi kepada :-
Tasik ini mempunyai pemandangan lanskap yang menakjubkan dan merupakan tempat yang sesuai untuk melarikan diri dari kesibukan kota. Antara keistimewaan yang terdapat di tasik ini terbahagi kepada :-
- Air Terjun, Jeram Dan Sungai
Air terjun yang terkenal dan sentiasa dikunjungi ialah lasir, saok dan tembat.
- Kawasan Tanah Tinggi/Gunung-Ganang
Kawasan tanah tinggi yang dahulunya gunung-ganang seperti Gunung Gagau dan Gunung Chergau.
- Gua
Di sini terdapat gua yang terkenal dengan misteri dan legenda seperti Gua Bewah dan Taat.
- Tempat Perkhemahan Dan Jungle Tracking
Keluasan Tasik Kenyir yang kaya dengan flora dan fauna sangat sesuai untuk tujuan ini. tempat-tempat perkhemahan yang popular ialah sepanjang sungai saok, cacing, lasir, chicir, lebam, petang, trenggan dan pulau poh.
- Memancing
Tasik Kenyir juga terkenal kepada pemancing di mana terdapat berbagai-bagai jenis ikan seperti kelisa, kelah, kawan, kalui, sebarau, lampam, baung dan toman. terdapat banyak lubuk-lubuk ikan untuk dipancing.
- Sukan Air
Dengan keluasannya, menjadikan Tasik Kenyir sebagai kawasan yang popular untuk kegiatan sukan air seperti jet ski, kayak, kenu, bersampan, berakit dan sebagainya.
- Pintu Masuk Ke Taman Negara
Pelancong perlu menghubungi Jabatan Perhilitan untuk mendapatkan permit masuk ke taman negara. kadar bayaran permit adalah sebagaimana berikut :-
- Kemudahan Penginapan
Berbagai kemudahan penginapan telah disediakan bagi memenuhi keperluan pengunjung-pengunjung. Antaranya :-- Pengangkutan
Tasik Kenyir mempunyai banyak bot pelancong untuk membawa pelancong mengelilingi pulau atau ke tempat penginapan. terdapat 70 buah bot pelancongan yang berlesen di tasik kenyir. - Jeti
Terdapat sebuah jeti sebagai pintu masuk utama ke Tasik Kenyir iaitu jeti Pengkalan Gawi. Di sini terdapat berbagai kemudahan seperti tic (pusat penerangan pelancongan), pengkalan bot, gerai-gerai makan, restoran dan tandas. di sini juga para pelancong boleh mendapatkan perkhidmatan bot sewa dan membuat tempahan chalet. - Agensi Yang Bertanggungjawab
Agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan Tasik Kenyir ialah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Sebarang pertanyaan mengenai pelancongan di tasik kenyir hendaklah dimajukan kepada :-
Pusat Penerangan Pelancongan
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
21700 Terengganu, Malaysia
No. Telefon: 09-6267788, 09-8223100
- Pengangkutan
No comments:
Post a Comment