Monday, August 23, 2010

Kompleks Kraf Noor Arfa Batik.....

Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an. Selepas mempelajari selok belok membuat batik dan dalam tahun 1980 beliau memulakan perniagaan batik di Kuala Terengganu dengan membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Selepas 26 tahun, syarikat Noor Arfa Batik kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik.
Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah. Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting. Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan. Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...