Pages

Saturday, August 28, 2010

Jom kite buat kuih khasidah......

Kuih hasidah merupakan sejenis kuih tradisi yang lemak dan manis. Ia dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan minyak sapi dan gula.
Pada kebiasaannya kuih hasidah akan dicanai bulat dan diletakkan di atas talam, sebelum bunganya dicekit, dengan menggunakan pengepit membentuk seperti sekuntum bunga mawar. Selepas itu, bawang goreng akan ditabur pada bahagian atasnya.

BAHAN-BAHAN:

600 gm tepung gandum
500 gm gula
750 ml santan
4 biji telur
2 helai daun pandan
10 ulas bawang merah (hiris)
Sedikit minyak sapi

CARA MENYEDIAKAN: 

1. Satukan tepung gandum, santan, telur, gula dan tapiskan.
2. Kacau adunan di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
3. Angkat dan tuangkan adunan ke dalam dulang, lapikkan daun pisang. Biarkan   sejuk.Bentukkan seperti bunga ros.
4.Goreng bawang merah yang telah dihiris dengan minyak. Kemudian taburkan di atas kuih tadi.

No comments:

Post a Comment