Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum3 sudu besar gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
375 ml air
Secubit garam
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
1. Satukan gula, garam, soda bikarbonat dan telur. Kacau sebati.2. Masukkan air, kacau lagi sehingga larut semuanya.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Pastikan ia tidak berpintal atau berketul-ketul. Uli hingga menjadi doh.
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar ia tidak melekat, uli dan bentukkan memanjang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Mudah dan ringkas....Selamat mencuba!
Kayu kamat dok staranggggg....kemah keming..
ReplyDelete