Saturday, May 22, 2010

LAKSAM....Sedapnyer.........

Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.




Bahan-bahannya:


A( untuk laksam )
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
air secukupnya
sedikit garam

B( untuk kuah )
2 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
*isi ikan sardin yang telah direbus dan buang tulang
*sesudu lada hitam
*2 batang serai
*1 inci halia
*5 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
sedikit garam dan gula

C( untuk ulam )
1 batang bunga kantan
4 batang kacang panjang
sedikit kobis
dua tangkai daun kesum
sedikit tauge

D( untuk sambal)
cili padi
4 tangkai cili kering
sedikit cuka
sedikit gula melaka
garam gula

Cara-caranya:
A Semua bahan di gaul rata.Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
Panaskan periuk kukus dan tuangkan adunan tadi keatas tudung periuk yang rata. Masukkan kedalam kukusan dan kukus sehingga laksam masak. Bila masak sandarkan tudung periuk ke dinding untuk mengeluarka lebihan air dalam laksam tadi. Setelah itu digulung.Ulang sehingga adunan habis dikukus.
B Semua bahan * dikisar halus. Masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan lain kecuali santan pekat. Kacau sehingga betul betul masak dan masukkan santan pekat. Kuah perlu dididih agak lama untuk mengelakkan daripada cepat basi. Bila siap tutupkan api dan ketepikan.
C Semua ulam dihiris nipis kecuali tauge. Ketepikan
D Bahan D dikisar semuanya.
Cara makan : Masukkan sedikit laksam yang telah digunting ke dalam mangkuk. Masukkan ulam yang telah dihiris. masukkan sedikit sambal dan tuangkan kuahnya. Sedia untuk dimakan... perrgh..lazat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...