Friday, August 20, 2010

Nikmati kuih nekbat Terengganu...


Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang popular di Pantai Timur Malaysia iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti kuih bahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk. Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur. Istilah nekbat ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal seperti kuih nekbat kembang.

Resepi Kuih Nekbat

Bahan-bahan :

untuk kuih-
500g tepung beras (1 bungkus)
12 biji telur ayam

untuk sira-
Air secukunya
500 gm gula
5 helai daun pandan


Cara Penyediaan:

Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana hingga kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.
Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih.
Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kekuningan.

Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat.

* 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.

2 comments:

  1. semuanya sedap سلامت هاريراي

    ReplyDelete
  2. jgn lupa. lepas makan kueh sedap tu. lawat lah saya di www.kopi-panggung-alambiak.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...