Saturday, May 29, 2010

Jom singgah solat kat Masjid Kristal..........

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Perasmian

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Pembinaan

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Bagi rakyat Malaysia, nama Masjid Kristal tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak mula dibina tahun 2006 hingga siap dan dirasmikan awal tahun ini, masjid ini sering diwar-warkan sebagai satu simbol kemodenan Islam di Malaysia


Terdapat juga bahagian panel kayu yang menggunakan bentuk ukiran tradisional Melayu.


Pandangan bahagian hadapan dewan solat…






Saturday, May 22, 2010

LAKSAM....Sedapnyer.........

Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.




Bahan-bahannya:


A( untuk laksam )
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
air secukupnya
sedikit garam

B( untuk kuah )
2 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
*isi ikan sardin yang telah direbus dan buang tulang
*sesudu lada hitam
*2 batang serai
*1 inci halia
*5 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
sedikit garam dan gula

C( untuk ulam )
1 batang bunga kantan
4 batang kacang panjang
sedikit kobis
dua tangkai daun kesum
sedikit tauge

D( untuk sambal)
cili padi
4 tangkai cili kering
sedikit cuka
sedikit gula melaka
garam gula

Cara-caranya:
A Semua bahan di gaul rata.Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
Panaskan periuk kukus dan tuangkan adunan tadi keatas tudung periuk yang rata. Masukkan kedalam kukusan dan kukus sehingga laksam masak. Bila masak sandarkan tudung periuk ke dinding untuk mengeluarka lebihan air dalam laksam tadi. Setelah itu digulung.Ulang sehingga adunan habis dikukus.
B Semua bahan * dikisar halus. Masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan lain kecuali santan pekat. Kacau sehingga betul betul masak dan masukkan santan pekat. Kuah perlu dididih agak lama untuk mengelakkan daripada cepat basi. Bila siap tutupkan api dan ketepikan.
C Semua ulam dihiris nipis kecuali tauge. Ketepikan
D Bahan D dikisar semuanya.
Cara makan : Masukkan sedikit laksam yang telah digunting ke dalam mangkuk. Masukkan ulam yang telah dihiris. masukkan sedikit sambal dan tuangkan kuahnya. Sedia untuk dimakan... perrgh..lazat

Thursday, May 20, 2010

Kayu Keramat Kuih Tradisional Terengganu........


Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
375 ml air
Secubit garam
Minyak masak secukupnya

Cara membuat:
1. Satukan gula, garam, soda bikarbonat dan telur. Kacau sebati.
2. Masukkan air, kacau lagi sehingga larut semuanya.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Pastikan ia tidak berpintal atau berketul-ketul. Uli hingga menjadi doh.
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar ia tidak melekat, uli dan bentukkan memanjang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Mudah dan ringkas....Selamat mencuba!

Wednesday, May 19, 2010

Singgah berhenti ke Muzium Negeri Terengganu.....

Muzium Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Penubuhan ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976 dan mula berkuatkuasa pada 1 November 1977.
Dari segi rentetan sejarahnya, hasrat dan cita-cita untuk menubuhkan Muzium Negeri ini tercetus sejak awal tahun 1920 an lagi natijah daripada peristiwa perjumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Peristiwa penemuan Batu Bersurat yang bersejarah ini telah melahirkan rasa kegembiraan dan rasa kesyukuran seluruh rakyat Negeri Terengganu pada waktu itu. Namun, masalah timbul kerana ketiadaan tempat untuk menyimpan batu bersejarah ini. Keadaan ini telah mencabar dan menyedarkan pimpinan negeri itu betapa pentingnya negeri ini mempunyai Muzium sendiri.
Ekoran daripada itu, Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah tiada pilihan selain memperkenankan Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Menteri Besar Terengganu pada masa itu Dato’ Haji Ngah Mohd Bin Yusof telah bersetuju dengan surat jawapan daripada Penasihat British yang berbunyi :
" Maka apakala diadakan Muzium di dalam Terengganu kelak ataupun tempat lain yang munasabah bolehlah kerajaan mengambil balik pula pada bila-bila masa yang dikehendaki adanya "
Berikutan itu, kesedaran serta semangat untuk menpunyai Muzium sendiri semakin memuncak. Pada tahun 1955, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Haji Kamaruddin Bin Haji Idris ( Menteri Besar Terengganu ketika itu ), telah menubuhkan satu jawatankuasa serta membayangkan hasrat untuk mewujudkan Muzium di Negeri Terengganu. Jawatankuasa ini telah dianggotai oleh Y.B.M. Engku Pengiran Anom, Haji Mohd Salleh Bin Haji Awang, Cikgu Muhamad Akil Bin Atan serta Haji Wan Endut Bin Othman. Peranan utama jawatankuasa ini ialah untuk mengumpul dan memperolehi barang-barang lama dan bersejarah. Namun begitu, perjalananan jawatankuasa ini terbantut kerana masalah kewangan dan peruntukan undang-undang.
Kesinambungan daripada itu, pada 14 januari 1960, Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Andika Indera, Encik Ishak Bin Mohd Isa telah membuat satu perjumpaan dan hasilnya, satu persetujuan dicapai sebulat suara untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Barang Lama dan Sejarah Peringkat Negeri. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Haji Mohd Saleh Bin Haji Awang ) berperanan sebagai Setiausaha. Serentak dengan itu, satu peruntukan telah diwujudkan di bawah kelolaan Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membeli barang dan koleksi warisan sejarah serta budaya negeri Terengganu. Kerja-kerja pengumpulan barang dan koleksi mula digiatkan mulai Julai 1960 dan ianya telah ditempatkan di dalam almari di satu sudut khas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Jalan Cherung Lanjut, Kuala Terengganu.
Perkembangan yang positif ini telah mengorak langkah yang lebih luas lagi dan hasrat untuk mempunyai Muzium sendiri semakin mendapat perhatian dan sokongan Kerajaan Negeri . Pada 3 Febuari 1974, sebuah jawatankuasa untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Wira Jaya, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada waktu itu. Dengan pembentukan jawatankuasa ini, hasrat untuk menubuhkan Muzium Negeri mula menampakkan bibit-bibit kejayaan khususnya apabila termaktubnya Enakmen Lembaga Muzium Negeri Terengganu ( Enakmen Bil 9/ 1976 ).
Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1979, kerja-kerja pengumpulan dan perolehan barang-barang lama dan bersejarah diteruskan dengan lebih giat. Operasi dan fungsi muzium terus diperluaskan. Pada waktu itu, dua orang tokoh yang memainkan peranan yang penting di dalam mengemudikan perkembangan dan kemajuan Muzium Negeri ialah Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Hj. Mohd Saleh Bin Awang ) dan Tuan Haji Othman Bin Haji Ali. Kerja-kerja penyelidikan, galicari dan pemuliharaan bangunan lama yang bersejarah telahpun dimulakan.
Era tahun 1980 an telah meningkatkan lagi perkembangan Muzium Negeri. Pada tahun 1981, seorang kurator telah dilantik untuk menerajui Muzium Negeri. Manakala menjelang tahun 1985, jawatan ini telah ditingkatkan kepada jawatan Pengarah.
Pada bulan April 1994, sekali lagi berlaku perubahan yang menarik di dalam sejarah Muzium Negeri. Ini kerana segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke ‘ rumah baru ‘, iaitu Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang terletak di kawasan seluas 27 hektar di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu. 
Ia adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional. Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini. Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu. Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi. 



 Pintu hadapan muzium negeri terengganu yang terletak di kampung losong


pintu masuk untuk melihat galeri-galeri yang terdapat di dalam muzium negeri ini...



Pemandangan muzium dari sisi tepi..


Tuesday, May 18, 2010

Bazar Warisan berhadapan dengan Pasar Payang..... 

Kos pembinaan bazar warisan ini menelan belanja kira-kira RM17 juta. Pembukaan bazar berkenaan pada awal 2008. Bazar Warisan terletak berhadapan dengan pasar payang. Sebanyak 65 buah premis telah disediakan di situ. Bazar Warisan menjadi salah satu mercu tanda negeri ini. Sambutan pengunjung amat memberansangkan pada hari cuti. Barang yang dijual di bazar sama dengan harga di Pasar Besar Kedai Payang. Tiada perbezaan harga walaupun dekorasi dalam kedai nampak eksklusif dan di bazar ini lebih selesa kerana keadaan kedai tersusun, selain pelbagai kemudahan disediakan kepada pengunjung. Bazar Warisan kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang baru kepada pelancong.


Monday, May 17, 2010

Jom menjamu mata ke pasar payang kuala terengganu...tempat shopping paling terkenal di ganu....Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade dan barangan logam serta sayur-sayuran yang segar. Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini.

Ri-Yaz Heritage/Marina Resort & Spa.....tempat yg menarik juga utk tido di ganu...


NAMA resort ini tidak perlu diperkenalkan lagi di kawasan Pantai Timur. Ia mempunyai keunikan tersendiri. Ri-Yaz Heritage Resort & Spa adalah lokasi pilihan pertama yang perlu dilawati sekiranya ingin menghabiskan cuti di Kuala Terengganu, Terengganu. Kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan juga setaraf dengan resort yang ada di ibu kota. Tidak perlu pening kepala kerana semuanya berada di bawah satu bumbung.
Ri-Yaz Heritage Resort & Spa adalah simbol negeri Penyu Bertelur setelah kejayaannya menjadi tuan rumah bagi kejohanan kapal layar Piala Monsun yang berakhir awal bulan lalu. Kecekapan pihak pengurusan resort milik kerajaan negeri Terengganu itu terus menjadi buah mulut selepas pengunjung menyatakan rasa puas hati menginap di situ. Sekali gus, kejayaan peribadi buat 120 kakitangan resort itu yang bekerjasama dalam melicinkan operasi semasa pertandingan itu berlangsung.
Marina adalah lokasi paling ‘hangat’ sepanjang kejohanan itu apabila merupakan lokasi utama bagi semua aktiviti. Ia adalah salah satu tempat yang disediakan untuk kapten atau pelayar meletakkan bot mereka. Kemudahan elektrik dan air juga disediakan bagi pemilik-pemilik kapal di situ.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Marina adalah satu-satunya ruangan yang mempunyai kemudahan paling lengkap di Pantai Timur. Di situ juga semua aktiviti sukan, jamuan rakyat, aktiviti sampingan dan konsert mini diadakan. Juga ditempatkan bilik media, bilik persidangan dan kemudahan asas yang lain buat semua pengunjung.
Pengurus Besar Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Abdul Shaheed Yusoff berkata, pihaknya sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan yang ada bagi memenuhi keperluan kejohanan terbesar dunia itu. Layanan baik tetap diberikan tanpa mengira sama ada pengunjung itu terdiri daripada penduduk tempatan atau orang asing.
‘‘Resort ini bukan untuk golongan elit sahaja. Ia terbuka kepada semua orang. Tiada diskriminasi untuk semua dan ia bersifat adil. Mungkin dahulu, resort ini dikenali sebagai Kelab Teluk Warisan. Sudah pasti hanya terbuka kepada ahli kelab saja. Tetapi kini dibuka kepada semua,” katanya.
Malah, pihaknya juga mengadakan pelbagai promosi termasuk RM188++ untuk penginapan satu malam di bilik deluxe termasuk minuman selamat datang dan sarapan pagi yang berakhir hujung bulan ini. Selain itu, resort tersebut juga menawarkan promosi bulanan, tahunan dan kebajikan yang berbeza buat setiap pengunjung.
Ri-Yaz Heritage Resort & Spa berkonsepkan ala chalet yang mempunyai 97 bilik yang dibezakan mengikut standard masing-masing. Sebanyak 52 bilik untuk calet deluxe, deluxe executive (26), calet royal (13) dan masing-masing empat dan dua bagi suite excecutive serta suite cemara.
Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan Internet dan panggilan antarabangsa terus dail untuk pelancong luar negara. Begitu juga dengan kelengkapan bar mini, tempat membancuh kopi, jubah mandi, selipar, pengering rambut, seterika dan lain-lain.
Bagi memuaskan tetamu, semua bilik dilengkapkan dengan plasma TV, radio hi-fi, pemain cakera video digital (DVD), pangkalan USB selain teater rumah di semua calet royal dan calet deluxe. Selain itu, terdapat juga kemudahan dapur dan meja makan untuk 12 orang disediakan untuk penginap suite royal dan suite cemara.
Riyaz Heritage Resort & Spa mempunyai dua restoran yang yang menyediakan pelbagai pilihan menu. Restoran Verandah yang diubah suai mengikut cita rasa orang Asia beroperasi pukul 6.30 pagi hingga 12.00 tengah malam. Antara pilihan menu yang disediakan adalah makanan tradisional tempatan, Barat, sizzling dan pencuci mulut yang pelbagai.
Sementara di Bytes Café yang bertemakan kopitiam pula beroperasi pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Ia menyediakan pilihan menu seperti snek, pisang goreng, keropok lekor, mee kari, ais krim dan pelbagai lagi makanan menarik yang boleh didapati di situ.
‘‘Resort ini sentiasa mengadakan promosi hi-tea pada setiap hari Jumaat dan mendapat sambutan yang menggalakkan setiap minggu. Kita juga sentiasa mengadakan kelainan contohnya di Restoran Verandah. Kita menempatkan sebuah kumpulan akustik yang menghiburkan pada setiap malam untuk pengunjung menikmati makan malam di sini.
‘‘Selain itu, kita mengadakan bufet Ramadan dengan menyediakan pelbagai menu berlainan dan menyelerakan oleh barisan chef terkemuka termasuk Chef Akmal,” katanya.
Riyaz Heritage Resort & Spa juga menyediakan perkhidmatan buat pengunjung yang suka memanjakan diri iaitu Sembunyi Spa. Ia menyediakan rawatan jamu seperti urut badan, rawatan badan dan muka. Tempat itu turut dilengkapi dengan bilik mandi berasingan untuk lelaki dan wanita, jakuzi panas serta kolam renang khas.
Peminat aktiviti riadah pula, jangan lepaskan peluang untuk berbasikal di sekitar Pulau Duyong, menyusuri sungai Terengganu dengan Gondolla River Cruise, bermain bola tampar, sepak takraw, berenang dan memancing.
Bagi pengunjung yang meminati sukan air, resort ini juga menyediakan perkhidmatan bagi aktiviti sukan air seperti kayak, kapal layar, sampan dan pelbagai jenis sukan air.
Selain itu, Riyaz Heritage Resort & Spa menyediakan perkhidmatan tambahan seperti perkhidmatan teksi dan limousin 24 jam, cuci pakaian, menjaga bayi atau kanak kanak, pertukaran wang asing, perkhidmatan doktor bertauliah (atas permintaan), tempahan tiket kapal terbang dan hotel, bot layar, aktiviti rekreasi kumpulan dan aktiviti berkelah di Pulau Kapas.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 09-6277888, layari laman web www.ri-yazheritage.com atau kunjungi resort berkenaan bagi merasai pengalaman sendiri di Pulau Duyong, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Bendera Terengganu
Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

Jata Terengganu



Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.

Lagu

Allah daulatkan tuanku sultan
Terengganu Darul Iman
Allah rahmatkan tuanku sultan
Sejahtera Sepanjang Zaman
Allah peliharakan tuanku sultan
Memerintah rakyat aman

Sunday, May 16, 2010

Lapangan terbang sultan mahmud kuala terengganu.....

Terminal Baru yang indah bercirikan seni rekabentuk tradisional Terengganu. Ianya kaya dengan anjung-anjung, pemeleh yang sinonim dengan rumah Terengganu, hiasan Janda Berhias dan fascia berukir yang menarik. Tapak binaan asal akan dijadikan `parking bay' untuk menempatkan lebih pesawat untuk dikendalikan. Keluasan parking bay yang baru dapat memuatkan 2 buah pesawat B747 dan dua lagi B737. Dengan pemanjangan landasan mengarah ke laut yang di dalam proses untuk di awad, lengkaplah satu Lapangan Terbang kemegahan Terengganu yang mampu membawa bakal haji ke Mekah dijangka sebelum akhir tahun 2008. 

Disamping kemudahan tersebut, bangunan baru yang bagaikan Istana Hinggap terdiri megah sebagai Kompleks DiRaja / VVIP untuk melambangkan kesetiaan rakyat Terengganu kepada institusi DiRaja yang dilihat sebagai payung rakyat jelata selagi ianya bersikap adil dan bijaksana. Bangunan cantik ini di hubungi ke Bangunan Terminal dengan `transfer corridor'. Kemudahan lif dan escalator disediakan. Kemudahan OKU juga tidak ketinggalan melambangkan semangat `caring' Malaysia. Di luar Bangunan Terminal, kerja-kerja membina kolam air dan Cafe Terapung sedang dijalankan sesuai dengan Bandaraya Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Pesisir Air. Sudah tentunya Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan sentiasa berada di hati setiap pengunjung Negeri Cantik Budaya Menarik ini.




Kampung cina Kuala Terengganu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...