Friday, September 17, 2010

Bukit Keluang Besut, Terengganu.....

Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Selain itu, para pengunjung ke Kuala Besut juga berpeluang untuk mendapat pengalaman menarik dari aktiviti-aktiviti pilihan tersendiri seperti memancing, bermain wau dan lain-lain lagi. Tempat ini terletak 4 km dari Pekan Kuala Besut. Boleh dilawati melalui jalan darat sama ada teksi dari Kuala Besut atau Jerteh. Melalui jalan dari Kuala Besut ke Jerteh, terdapat sebuah pintu gerbang pada laluan tepi jalan untuk ke sana. Pantai Bukit Keluang yang terletak kira-kira 19 km dari Bandar Jerteh juga merupakan salah sebuah Pusat Peranginan yang utama di daerah ini. Ianya juga sama sebagaimana pantai-pantai lain yang terdapat di Besut yang menjadi sumber tarikan semulajadi dan tersendiri dengan pasir pantai yang bersih dan bukit yang tersergan megah itu. Di sini, terdapat banyak kemudahan seperti rumah rehat, restoran, tandas awam, wakaf untuk berehat dan lain-lain lagi. Kehijauan hutan yang belum terusik mendamaikan mata yang memandang. Pantainya yang bersih dan lautan yang kebiruan selain keindahan pulau-pulau kecil yang boleh dilihat dari kejauhan, menjadikan destinasi pelancongan ini begitu terkenal bagi para pengunjung. Keindahan tempat ini juga menjadi tarikan bagi mereka yang melakukan aktiviti penggambaran filem ataupun drama televisyen. Tidak sah sekiranya berkunjung di sini tanpa menikmati pemandangan indah dari puncak tangga Bukit Keluang. Pondok-pondok kecil dibina untuk memudahkan orang ramai untuk berehat sambil menghirup udara segar disini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...