Monday, September 20, 2010

Mai kita lihat sekitar daerah Dungun.....

Bandar Dungun bandar tersohor di zaman kegemilangan aktiviti perlombongan di Bukit Besi.Bukit Besi berkeluasan 1618 hektar terletak dalam Mukim Besul merupakan “Lombong Bijih Besi Terbuka” terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an.  Syarikat yang terlibat, Nippon Mining Company (NMC), Kuhara Mining Company dan Eastern Mining & Metal Company (EMMCO). Operasi perlombongan ditutup pada 1 Oktober 1970. Pengunjung dari Kuala Lumpur yang memandu sendiri boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan masuk ke Jalan Jerangau-Jabor sebelum menuju ke bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Dungun. Pengunjung juga boleh menggunakan jalan Kuantan-Kuala Terengganu untuk ke Bandar Dungun.Terdapat beberapa syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas ke Dungun seperti Transnasional, Ekspres Cepat ,Sani Ekspres, Ekspres Utama dan sebagainya

Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada ialah Utama Ekspres, Mutiara Ekspres, Mara Liner, Transnasional dan banyak lagi. Terminal bas ekspres terletak di pusat Bandar Dungun iaitu di Jalan Baru Pak Sabah untuk memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan ini.

Antara pengangkutan awam lain yang boleh di dapati di Daerah Dungun ialah perkhidmatan bas lompat, teksi dan van penumpang. Bas lompat akan membawa penumpang dari Bandar Dungun ke Kuala Terengganu dan Dungun ke Kemaman melalui jalan kampung. Begitu juga dengan perkhidmatan teksi yang terdapat di sini. Teksi akan membawa penumpang dari Dungun ke Kuala Terengganu dengan jarak perjalanan sejauh 90km dan 80km ke kemaman ataupun mengikut kemahuan penumpang tersebut.
Van penumpang adalah perkhidmatan yang disediakan untuk membawa penumpang dari kawasan pendalaman memandangkan tiada pengangkutan awam yang disediakan di kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...