Monday, September 6, 2010

Bukit puteri Kuala Terengganu......

Bukit yang tersergam indah menghala ke kuala sungai terengganu dan laut cina selatan menjadi saksi sejarah pembangunan bandar kuala terengganu. Kedudukannya yang strategik itu menjadikan bukit ini satu kawasan yang penting pada zaman dahulu sebagai pusat kawalan dan pertahanan kerajaan. Asal nama bukit puteri ini tidak dapat di kesan tetapi dalam persejarahan terengganu ada dinyatakan bukit puteri itu telah wujud sejak abad ke 16 lagi. Ini membuktikan kepentingan tempat ini kepada kerajaan terengganu bagi menghadapi musuh2 dari luar terutama yang datang dari arah laut. Pada zaman pemerintahan sultan mansur 2,sultan muhamad 1 dan sultan umar bukit puteri telah menjadi benteng kubu peperangan saudara yang berlaku pada masa itu.  "Pelbagai peninggalan sejarah masih jelas dapat dilihat di Bukit Puteri ini antaranya singgahsana sementara, tempat simpanan bedil dan meriam, genta (loceng besar), meriam beranak, tiang bendera dan rumah api. "Malah pelancong juga dapat melihat sendiri kubu pertahanan yang dibina dengan menggunakan pasir, putih telur, kapur, kulit kerang dan madu lebah, masih lagi kukuh walaupun telah berusia hampir sedekad yang lalu," . Bukit Puteri, seluas 0.688hektar itu, terletak dalam kawasan bandar Kuala Terengganu dan berhampiran dengan muara sungai Terengganu dengan ketinggian lebih kurang 200 meter dari aras laut. lokasinya juga strategik sebagai aset pelancongan kerana terletak berhampiran dengan bangunan bersejarah Istana Maziah dan Masjid Abidin selain berdekatan Pasar Payang dan Pejabat Pos Kuala Terengganu. Bayaran masuk untuk mengunjungi Bukit Puteri itu adalah sebanyak RM1 bagi orang dewasa dan RM 0.50 sen untuk kanak-kanak. Ia dibuka setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang dan orang ramai akan dapat melihat keindahan bandar Kuala Terengganu dari atas bukit itu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...