Wednesday, September 1, 2010

Jom kita mandi kat air terjun sekayu kuala berang....


HUTAN LIPUR SEKAYU / AIR TERJUN SEKAYU  

Hutan lipur sekayu atau lebih dikenali juga dengan air terjun sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan hulu terengganu tambahan. Ianya berada di dalam daerah hulu terengganu, 16 kilometer dari pekan kuala berang dan 56 kilometer dari bandar kuala terengganu. Hutan lipur tersebut mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesis tumbuhan dan pokok yang terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.  
Di sini juga terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah, jalan dalam hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi.

Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan yang ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam dan luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja melupakan segala masalah apabila mereka datang berkunjung ke sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...